Friday, November 28, 2008

Selangor Darul Ehsan





Walaupun wujud beberapa pendapat mengenai asal usul nama Selangor, namun sejarah membuktikan bahawa ia diambil sempena nama Sungai Selangor yang mengalir ke Selat Melaka menerusi kawasan petempatan yang kini dikenali sebagai Kuala Selangor.
GAMBAR 003Muara Sungai Selangor yang menjadi nadi kepada pertumbuhan petempatan awal di sekitar Kuala Selangor. Peranannya yang cukup penting kepada perkembangan ekonomi, politik dan sosio budaya masyarakat setempat dapat dilihat apabila ia dijadikan sumber dalam menamakan negeri yang kini dikenali sebagai Selangor Darul Ehsan.
Perkataan Selangor itu sendiri tidak membawa sebarang makna yang jelas dalam bahasa Melayu dan pengkaji beranggapan ia mungkin merupakan singkatan, gabungan atau perubahan yang berlaku terhadap perkataan asal menerusi peredaran masa.
Menurut satu kisah, satu ketika dahulu kawasan kuala sungai tersebut dipenuhi dengan tumbuhan paya bakau yang dikenali oleh penduduk setempat sebagai mentangau. Pohon mentangau yang banyak terdapat di situ sering kali dijadikan panduan kepada pelayar ke kawasan itu kerana didapati sesuai sebagai tempat persinggahan bagi menambah bekalan menyambung pelayaran. Para pelayar menggelar kawasan ini sebagai ‘kuala mentangau’. Menerusi peredaran masa sebutan ‘kuala mentangau’ berubah menjadi Kuala Selangor, tempat berakhirnya aliran Sungai Selangor.
Kisah yang lain menceritakan bagaimana seorang pendekar yang sedang mengembara telah singgah di sebuah kawasan yang belum pernah dijejaki sebelum ini. Ketika sedang berehat, dirinya rasa cukup terganggu dengan kehadiran seekor langau yang terus-terusan hinggap di hidungnya. Kehadiran langau itu cukup menjengkelkan dirinya yang kemudian cuba untuk membunuh langau tersebut dengan memukulnya tetapi gagal. Terdetik di dalam hati pendekar itu bagaimana seorang yang handal sepertinya tetap gagal menumpaskan seekor langau. Dia kemudian beranggapan bahawa tempat ini memiliki semangat yang lebih hebat dari dirinya lalu mengambil keputusan untuk menamatkan pengembaraannya. Mulai hari itu, setiap kali merujuk kepada tempat tersebut, pendekar itu akan menggelarinya sebagai ‘selangau’ dan akhirnya diterima pakai sebagai nama tempat tersebut.
Satu lagi pendapat mengatakan bahawa terdapat sebuah kawasan di sekitar pantai Kuala Selangor yang pada suatu ketika dijadikan tempat hukuman kepada mereka yang didapati bersalah oleh pemerintah. Para pesalah akan diikat pada palang kayu (juga dikenali sebagai salang) dan kemudian dijemur di bawah terik matahari. Mengikut adat Melayu ketika itu hukuman ini dilakukan di kawasan yang disebut sebagai “di hujung pasir”, yang mana ia menepati ciri-ciri bentuk muka bumi di kawasan pantai Kuala Selangor yang mengunjur ke laut. Hukuman “salang dan di jemur” kemudian diberikan kepada kawasan itu dengan sebutan Salang Ur yang memiliki sebutan yang hampir dengan nama Selangor.Rombongan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman telah bertolak ke London bagi tujuan perundingan kemerdekaan Tanah Melayu yang seterusnya membawa kepada Perjanjian London pada 8 Februari 1956. Melalui rundingan tersebut, tarikh kemerdekaan bagi Tanah Melayu telah ditetapkan pada tanggal 31 Ogos 1957.
GAMBAR 008Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sutan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri pertama, mengisytiharkan Kemerdekan Tanah Melayu di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1957.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 15 Ogos 1957 dan mula dikuatkuasakan pada 27 Ogos 1957. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 ini adalah berasaskan kepada sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
Pada 31 Ogos 1957, perisytiharan kemerdekaan dan penurunan bendera Union Jack telah dilangsungkan di Padang Kelab Selangor. Pada hari bersejarah ini juga, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama sementara Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.
Malaysia kemudiannya lahir enam tahun selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya melalui gabungan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963. Walau bagaimanapun, Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965.
Negeri Selangor Darul Ehsan menjadi negeri di bawah Persekutuan Malaysia yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebagai Ketua Negeri dengan dibantu oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor dan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan yang menyelaras pentadbiran negeri. DYMM Sultan Selangor adalah menjadi ahli bagi Majlis Raja-Raja yang turut dianggotai oleh Raja-Raja Negeri-negeri Persekutuan Malaysia dan yang Dipertuan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
Negeri Selangor Darul Ehsan mempunyai peranan yang amat penting dalam sejarah pembentukan dan perkembangan Negara Malaysia. Kuala Lumpur telah menjadi pusat pentadbiran bagi Persekutuan Tanah Melayu dan pusat kegiatan perdagangan, perniagaan dan perbankan. Pada 1 Februari 1974, satu perjanjian antara Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan dengan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani bagi penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
GAMBAR 009Almarhum DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menandatangani Perjanjian Wilayah Persekutuan antara Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia bagi penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 2 Februari 1974. DYMM Sri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Yang Kelima mewakili Kerajaan Persekutuan.
Berikutan dengan itu, sebuah kawasan yang terletak kira-kira 25 km ke arah barat daya Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Sungai Renggam dikenal pasti sebagai lokasi sesuai untuk dijadikan ibu negeri yang baru untuk Selangor bagi menggantikan Kuala Lumpur. Ia turut meliputi kawasan Batu Tiga yang telah pun menjadi pusat perladangan tanaman kelapa sawit dan getah sejak sebelum kemerdekaan Tanah Melayu lagi. Sultan Selangor Ketika itu, DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah berkenan menamakannya Shah Alam sempena nama Almarhum ayahanda baginda, DYMM Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj.
GAMBAR 010Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah adalah antara mercu tanda terawal dibina di Shah Alam. Bangunan setinggi 24 tingkat ini dibina dengan ciri-ciri rekabentuk tradisional Bugis, menempatkan Pejabat Setiausaha Kerajaan serta jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Selangor.
GAMBAR 011Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang juga dikenali sebagai "Masjid Biru" siap dibina pada 1988 dan dianggap ramai sebagai binaan terindah di Selangor. Ia mempunyai empat menara setinggi 142.3 meter dengan kubah bewarna biru yang dihiasi ayat-ayat suci al-Quran.

Kini Shah Alam sebagai sebuah bandar raya terancang dan moden, menjadi pusat pentadbiran Kerajaan Negeri yang meliputi kawasan perumahan, kemudahan riadah, kawasan perindustrian serta pusat bandar dan komersial yang lengkap, indah dan menarik.
GAMBAR 012Bandar raya Shah Alam sebagai ibu neger yang menjadi nadi pembangunan Negeri Selangor Darul Ehsan.


Negeri Selangor sentiasa di hadapan dalam pelbagai bidang. Ia menjadi pusat perdagangan, kewangan, pembinaan, pengangkutan dan pembuatan yang menyumbang kepada pendapatan utama negara. Selangor turut menyumbang di dalam sektor pertanian dan perikanan.
Salah satu faktor yang menjadikan negeri ini sebagai pemangkin kemajuan negara adalah kerana pemusatan kegiatan ekonomi di Lembah Klang yang juga terletaknya Kuala Lumpur di tengah-tengah Negeri Selangor.
Kini Putrajaya pula telah menjadi pusat pentadbiran negara dan telah menjadi Wilayah Persekutuan pada tanggal 1 Februari 2001. Pembangunan Wilayah Persekutuan Putrajaya bakal membangunkan kawasan pinggiran Putrajaya dan hasilnya akan turut dirasai oleh rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan.
Pada 27 Ogos 2005, kerajaan Negeri Selangor mengisytiharkan Selangor sebagai negeri berstatus maju yang pertama di Malaysia. Sesuai dengan kedudukan Negeri Selangor yang sering memainkan peranan sebagai penentu rentak pelbagai dimensi pembangunan Malaysia, maka pengisytiharan ini menandakan Selangor sebagai produk pertama Wawasan 2020.
GAMBAR 013YAB. Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia menurunkan tandatangan ketika Majlis Pelancaran Taman Warisan Selangor di Taman Rekreasi Empangan Klang Gate, Hulu Klang pada 27 Ogos 2005. Turut sama menyaksikan, YAB Dato' Seri Mohamad Khir Bin Toyo, Dato' Menteri Besar Selangor. Ia adalah sebagai tanda simbolik pengisytiharan Selangor sebagai sebuah Negeri Maju.
Sebagai tanda simbolik pengisytiharan Selangor Maju ini, Kerajaan Negeri telah mengadakan Majlis Pelancaran Taman Warisan Selangor dan Pelancaran Tapak Perpustakaan Selangor Maju. Taman Warisan Selangor telah dirasmikan oleh YAB. Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Taman Rekreasi Empangan Klang Gate, Ampang, Hulu Klang, manakala Pelancaran Tapak Perpustakaan Selangor Maju telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor.

Thursday, November 27, 2008

PINGGAN PLASTIK KANDUNGAN MELAMINE

Kebanyakan pinggan plastic di Malaysia dibuat daripada MELAMINE yang mengandungi "urea formaldehyde" dan sangat berbahaya kepada kesihatan. Urea Formaldehyde adalah sejenis bahan yang biasanya digunakan untuk membuat bekas barangan electric dan 'insulation' wayar electrik. Bahan ini amat berbahaya jika memasuki badan manusia. Ia boleh menyebabkan masalah sistem penghadaman, masalah pernafasan, batu karang, kegagalan buah pinggang, cancer pundi kencing dan kerosakan sistem pembiakan.Kebanyakan restoran-restoran di Malaysia juga menggunakan pinggan jenis ini kerana ia tidak mudah pecah dan kelihatan cantik seperti pinggan ceramic. Mudah sahaja untuk mengenali pinggan mangkuk yang diperbuat daripada melamine. Pada kebiasaanya di bawah pinggan ini tertulis MELAMINE. Tetapi pinggan-pinggan melamine yang di buat di Thailand atau China selalunya tidak menulis perkataan ini di pinggan tersebut. Mangkuk pinggan melamine dari Thailand adalah jenis paling berbahaya disebabkan bahan kimia yang terdapat dalam pinggan mangkuk tersebut sangat mudah 'leech out' ke dalam makanan kita, terutamanya jika makanan itu panas. Oleh itu elakkan semua pinggan mangkuk plastik yg kelihatan berkilat seperti seramik, kerana ia kemungkinan besar adalah melamine.Selain itu, bahan MELAMINE ini juga boleh bertindak-balas dengan bahan makanan dan membentuk racun yang lebih berbahaya, iaitu melamine cyanurate. Bahan ini akan membentuk crystal seperti kaca yang boleh merosakkan salur darah dan buah pinggang. Baru-baru ini kecoh berita tentang pencemaran melamine di dalam susu kanak-kanak. Kira-kira 15 bayi telah mati dan beratus-ratus sakit buah pinggang di China disebabkan oleh bahan ini. Pada tahun 2007 juga, telah kecoh di Amerika Syarikat kerana bahan melamine yang mencemarkan makanan haiwan peliharaan telah membunuh beratus-ratus binatang peliharaan. Ini adalah bahan yang SAMA digunakan di dalam pembuatan pinggan melamine. Pinggan-mangkuk melamine ini banyak dijual di pasaraya di Malaysia termasuk di TESCO, GIANT, MYDIN, CARREFOUR dan byk lagi. Untuk keselamatan, gunalah pinggan yg dibuat dari kaca atau seramik kerana bahan ini adalah sangat 'stable' dan tidak beracun.Banyak kerajaan di Eropah, New Zealand, kerajaan Amerika Syarikat, dan juga kerajaan UAE telah mengharamkan semua mangkuk pinggan yang diperbuat daripada melamine.

Tuesday, November 18, 2008

Ramai rakyat Malaysia berbelanja melebihi pendapatan


Sebahagian besar rakyat negara ini berbelanja lebih daripada pendapatan tahunan mereka untuk membeli produk yang bukan merupakan barangan keperluan asas.
Menurut kajian Indeks Keutamaan Pembelian Pengguna yang dijalankan oleh MasterCard Worldwide, sejumlah 79 peratus rakyat Malaysia berbelanja lebih 10 peratus daripada pendapatan tahunan mereka atas barangan seperti kasut, pakaian dan aksesori manakala 15 peratus membelanjakan lebih 40 peratus daripada gaji tahunan mereka untuk barangan yang sama.
''Kira-kira 59 peratus akan dibelanjakan untuk tujuan hiburan dan makanan, 49 peratus untuk pelancongan dan fesyen manakala 42 peratus dihabiskan pada aksesori untuk tempoh 12 bulan akan datang,'' demikian menurut satu kenyataan di sini, hari ini.
Kajian itu juga menunjukkan 70 peratus pengguna di rantau Asia Pasifik akan mula mengehadkan perbelanjaan mereka terhadap barangan sebegini pada tahun hadapan.
Hiburan dan makanan merupakan yang paling utama dalam perbelanjaan pengguna di 11 daripada 14 buah negara di Asia Pasifik kecuali di India, Korea dan Filipina yang mana kebanyakan pendapatan tahunan mereka dibelanjakan bagi pendidikan anak-anak, tambahnya.
Taiwan, Filipina dan Korea didapati antara negara yang akan mengurangkan perbelanjaan mereka berbanding New Zealand, Australia dan China yang menunjukkan sikap daya tahan pada tahun hadapan.
Kajian tahunan yang membabitkan kira-kira 6,019 pengguna di 14 buah pasaran di Asia Pasifik dibuat sepanjang September lalu.
Dari segi jantina pula, 69 peratus pengguna lelaki didapati kurang cenderung untuk mengurangkan perbelanjaan mereka berbanding wanita yang akan mengehadkan 71 peratus perbelanjaan mereka.
Golongan yang berusia 30 tahun ke bawah juga didapati kurang cenderung untuk mengurangkan perbelanjaan mereka berbanding mereka yang berumur 56 tahun ke atas.

Tuesday, November 11, 2008

Monday, October 20, 2008

Mengesan petanda awal penyakit kanser


Sebagai seorang wanita, Dr. Puteri Shafinaz Akmar Abdul Rahman amat prihatin dengan penyakit yang melanda kaum wanita sekarang ini.
Contohnya, kaum wanita kini lebih terdedah kepada pelbagai penyakit terutama kanser yang sememangnya memerlukan pengesanan awal.
Untuk itu ia ingin membantu menggunakan kaedah kajian proteomik, iaitu kaedah yang mana protein dalam sel atau organisma dikaji bagi memperoleh profil ekspresi protein.
Menurut Dr. Puteri Shafinaz, pensyarah Jabatan Perubatan Molekular, Universiti Malaya (UM) itu, pihaknya sedang menjalankan kajian berkaitan darah pesakit kanser melalui ujian proteomik.
"Buat masa ini, saya lebih menjalankan kajian menjurus kepada kanser endometrium (rahim) dan serviks (pangkal rahim).
"Darah pesakit dianalisis menggunakan kaedah gel dua dimensi yang mana protein darah berkenaan dipisahkan mengikut tahap isoelektrik dan berat molekul masing-masing.
"Titik protein berkenaan kemudiannya akan dikesan pada gel menggunakan teknik pewarnaan," katanya.
Menggunakan darah pesakit dengan dilalukan pada gel dua dimensi dan dari sana protein darah berkenaan dipisahkan dan dibezakan menggunakan teknik pewarnaan," katanya.
Titik protein
Selepas itu, titik protein (protein spot) yang dikesan akan dibandingkan titik protein yang didapati daripada pesakit normal.
"Ketika itu kami akan bandingkan perbezaan yang didapati menggunakan ekspresi protein," katanya.
Dr. Puteri Shafinaz berkata, semua sampel yang digunakan diambil daripada pesakit yang menghidap kanser pada tahap satu dan dua untuk mencari penanda awal yang boleh mengesan penyakit tersebut.
Bagi bahagian kedua kajian ini, beliau menggunakan suatu bahan yang ditulenkan daripada biji cempedak yang dipanggil lektin bagi melihat perbezaan ekspresi protein dalam darah pesakit yang dipisahkan menggunakan teknik dua dimensi (2D).
Bagi mendapatkan keputusan, gel 2D tadi dipindahkan ke atas lapisan nitros selulos dan diinkubasi dengan larutan lektin daripada biji cempedak.
"Penggunaan lektin ini memberi perbezaan antara tahap glikoprotein pesakit kanser dan individu normal," katanya.
Dari kajian menggunakan lektin, kami telah dapati satu protein yang hadir dalam darah pesakit endometrial tetapi tidak dalam darah pesakit kanser serviks.
"Keputusan yang didapati mungkin berpotensi dijadikan penanda bagi kanser endometrial," katanya.
Bagaimanapun beliau menambah bahawa kajian mengenai protein tersebut perlu diteruskan untuk mengkaji jika protein tersebut juga hadir dalam jenis kanser yang lain.
Justeru satu profil keseluruhan bagi jenis-jenis kanser perlu dibuat bagi mengenalpasti glikoprotein dalam darah pesakit tersebut.
"Oleh itu, kami juga berminat untuk cuba membangunkan penanda yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis kanser.
"Kumpulan penyelidik kami juga kini mengkaji sampel darah digunakan bagi mengenal pasti jenis-jenis kanser yang berlainan seperti payu dara, tulang dan ovari.
"Kami juga sedang sedang mengkaji untuk menggabungkan beberapa penanda bagi membolehkan lebih daripada satu kanser dikesan pada satu-satu masa." katanya.
Manakala sampel kanser diambil daripada darah pesakit kanser yang menjalani rawatan di klinik Pusat Perubatan UM (PPUM).
"Disebabkan kaedah gel 2D agak susah, rumit dan memakan masa, dalam kajian awal ini saya hanya menggunakan saiz sampel yang agak kecil iaitu 20 sampel darah pesakit endometrial, 20 pesakit servikal dan 30 lagi individu normal," kata Dr. Puteri Shafinaz.
Katanya. walaupun sampel yang diambil nampak kecil tetapi proses kajian dan penganalisisaan data yang diperolehi mengambil masa yang lama iaitu tiga tahun.
"Buat masa kini, kami juga sedang mencuba platform proteomik yang lain yang lebih pantas (high-throughput) bagi membolehkan lebih banyak sampel dikaji," tambahnya.
Kajian berkenaan dijalankan semasa pengajian ijazah doktor falsafah di bawah seliaan Prof. Dr. Onn Hashim dengan kerjasama Prof. Madya Dr. Lim Boon Kiong dari Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, PPUM.
"Saya menggunakan teknik gel 2D kerana ia dapat menganalisis profil protein dalam darah secara serentak.
"Lektin daripada biji cempedak yang kami gunakan dalam kajian telah ditemui oleh Prof. Dr. Onn hasil kajiannya lebih 20 tahun lalu.
"Jadi bagi kajian ini kami telah cuba mengaplikasikan kegunaan lektin cempedak tersebut bagi tujuan penyakit kanser," katanya.
Dr. Puteri Shafinaz berkata, selain dalam biji cempedak, lektin juga boleh ditulenkan dari banyak jenis biji dan bahagian tumbuhan lain.
Kini penyelidik muda ini memberikan penekanan kepada penyelidikan bagi mencari penanda kanser peringkat awal bagi memberikan peluang rawatan.

Wednesday, August 20, 2008






Syukurlah nikmat yang kita perolehi di dalam negara kita.






























Thursday, August 7, 2008

Teori Kenaikan Harga Minyak

Teori Puncak Minyak ini juga telah meramalkan banyak negara-negara pengeluaran minyak dalam dunia ini telah melintas puncaknya. Egypt: 1987, Perancis: 1988, Jerman: 1966, Iran: 1974, India: 1997, Indonesia: 1991, Jepun: 1932 , Libya: 1970, Mexico: 2003, New Zealand: 1997, Nigeria: 1979, Norway: 2000, Oman: 2000, Russia: 1987, Syria: 1996, Tobago: 1981,Venezuela: 1970, UK: 1999 dan Amerika Syarikat: 1970. Ada di antara negara ini masih lagi mengeluarkan minyak tetapi dari tahun ke tahun jumlah tong yang dihasilkan semakin kurang.Hubbert Peak Theory tidak pernah dipertikaikan. Apa yang selalu ditimbulkan hanya perbezaan tarikh. Ada pakar kajibumi yang telah menyatakan bahawa dunia telah melintasi zaman puncak minyak pada tahun 2005 yang lalu. Ada pula yang meramalkan bahawa puncak minyak akan sampai di antara tahun 2020 ke tahun 2030. Tetapi pada hakikatnya semua pakar kajibumi ini menerima pakai bahawa bahan bakar ini semakin susut, berkurangan pengeluaran dan akhirnya akan habis. Ini bermakna akan berakhirlah Tamadun Petroleum.Habis di sini bukan bermakna tidak ada lagi minyak dalam perut bumi. Zaman Batu berakhir bukan bermakna batu telah habis.
Minyak masih ada dalam bumi tetapi tidak lagi ekonomik untuk mengambilnya keluar. Minyak ialah tenaga. Akan sampai masanya nanti untuk mengeluarkan satu tong minyak dari perut bumi kita memerlukan membakar lima atau sepuluh tong minyak. Ini tidak berbaloi dan tidak ekonomik.Pada pagi 2hb Januari 2008, harga satu tong bahan bakar petroleum telah mencecah 100 dolar di pasaran dunia. Pada pertangnya harga telah menurun sedikit. Ketika saya menulis ini harga satu tong ialah 99.68 dolar. Saya tidak terperanjat apabila melihat harga minyak naik menjadi 100 dolar untuk satu tong. Dalam tulisan-tulisan saya yang lalu saya juga telah beberapa kali meramalkan harga bahan bakar ini akan terus naik.Apa yang memeranjatkan saya ialah kenyataan yang keluar dari Parti Keadilan Rakyat yang menyatakan jika parti ini memerintah maka harga minyak akan diturunkan. Untuk saya ini hanyalah kenyataan orang gila atau orang yang tidak tahu tentang Teori Puncak Minyak dan tidak sedar bahawa tamadun dunia hari ini adalah Tamadun Petroleum.Mengikut pandangan parti Keadilan jika UMNO telus dalam memberikan perincian perbelanjaan dan pendapatan dari syarikat Petronas maka harga minyak akan dapat ditampung. Jika tidak ada pembaziran dari duit jualan minyak maka harga minyak akan terus dapat di subsidi.Parti Keadilan tidak sedar dalam masa tidak lebih dari 10 tahun bahan bakar minyak di persisiran laut kita akan habis. Untuk berhujah, kita anggaplah mereka dapat mengambilalih kerajaan. Dalam penggal ke-3 pentadbiran Barisan Rakyat minyak habis.
Barisan Rakyat adalah satu pentadbiran yang telus, tidak rasuah dan jujur. Bila minyak habis mereka juga tidak dapat tidak akan menaikkan harga minyak. Ini hukum yang saintifik. Jadi cakap-cakap harga minyak hendak diturunkan itu adalah bohong dan tidak mungkin dapat dilakukan.Kenaikan harga bahan bakar minyak ini tidak ada sangkut-paut dengan ketelusan kerajaan atau terpaparnya secara terperinci pendapatan dari Petronas. Harga minyak naik kerana minyak dalam dunia ini telah habis. Kenapa bebal sangat untuk memahami hakikat ini.Kerajaan dalam bentuk apa sahaja – komunis, sosialis, kapitalis, Marxis, Anarkis, Geuvarist, Stalinist, Sosial Demokrat, Islamik, Syiah, Demokrat, Katholikus, Sembahyangist, Hindu, Buddha , kerajaan ada agama, tak ada agama, kerajaan rasuah, kerajaan telus lagi jujur, kerajaan alim lagi warak – semuanya akan menaikkan harga minyak. Inilah yang wajib diterangkan kepada orang ramai secara telus dan jujur.Juga wajib diterangkan kepada orang ramai :Hari minyak habis dalam dunia ini akan sampai. Apabila minyak habis ia akan membawa bencana besar dan huru-hara terutama negara yang banyak bergantung pada minyak. Kehabisan minyak akan sampai seperti kereta kita kehabisan minyak.
Masanya datang serta-merta dengan tiba-tiba. Yang paling teruk kena bantai apabila minyak habis ialah semua hal ehwal pengangkutan.Untuk meredakan keadaan minyak habis yang datang secara mendadak kita memerlukan dan mengambil masa untuk membuat persediaan. Kerana itu pemimpin kerajaan dan politikus dari semua kumpulan wajib membaca Peak Oil Theory. Kesedaran minyak akan habis wajib diberitahu kepada orang ramai sekarang.Sekurang-kurangnya 20 tahun diperlukan oleh kerajaan untuk membuat persediaan berhadapan dengan hari minyak habis. Kerajaan, industri dan para pengguna wajib sama-sama memahami hakikat ini. Tidak dapat tidak akan berlaku kacau-bilau bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia apabila minyak habis.Saya tidak nampak satu dasar penggunaan bahan bakar petroleum yang tepat dan betul yang sedang diajukan baik dari parti kerajaan atau pun dari Barisan Rakyat. Semua dasar yang mereka ajukan adalah dasar jangka pendek yang digunapakai untuk menipu rakyat. Subsidi atau menaikkan harga bukan jawapan untuk berhadapan dengan zaman kehabisan minyak.Saya mengajukan satu perubahan struktur budaya hidup yang baru. Mengubah secara struktural dan meninggalkan gaya hidup yang kita guna pakai hari ini. Budaya konsumer dalam tamadun petroleum ini telah nazak dan wajib ditinggalkan.Orang ramai wajib digalakkan dari hari ini untuk tidak menggunakan kereta persendirian dan beralih kepada sistem pengangkutan awam. Basikal perlu digunakan kembali seperti di zaman ayah dan datuk kita membesar. Hentikan kilang-kilang yang pengeluaran produk-produk yang tidak berguna dan bukan asas untuk hidup. Kota dan bandar kita wajib dapat menampung dan mengeluarkan bahan makanan sendiri.
Makanan tidak perlu diambil dari kawasan yang jauh atau diimport. Setiap warga wajib tahu hal pertanian. Tanaman yang diusahakan untuk makanan dan bukan untuk spekulasi mengumpul modal. Siapa bertanam maka mereka dapat makan.Tempat kita bekerja pula tidak harus jauh dari tempat kita tinggal. Rumah-rumah yang kita dirikan bukan gua-gua batu yang memerlukan alat hawa dingin. Rumah adalah tempat kita berteduh dari hujan dan panas – kembali kepada asas. Penggunaan kuasa elektrik dalam bangunan dan dalam rumah kita seharusnya pada asas yang paling minimum. Kota-kota kita tidak perlu disaluti dengan lampu-lampu neon yang mengiklankan hampeh-hampeh dan membazirkan tenaga lesterik. Minyak, gas dan arang batu yang tidak miliki wajib dijaga dan dipergunakan dengan cermat.Ekonomi yang berasaskan dolar wajib kita tinggalkan sekarang. Dolar adalah simbol tamadun petroleum. Semenjak tahun 1970-an bilamana Amerika dan Saudi Arabia menjadi sahabat karib maka dunia telah dipaksa menggunakan dolar dalam hal jual beli minyak.
Kita semua dan rakyat dunia telah ditipu dengan kertas hijau yang dicetak oleh Amerika. Kertas hijau ini tidak memiliki apa-apa nilai dan zat untuk dimakan. Malah kertas jamban lebih bernilai dan boleh digunakan berbanding dengan dolar Amerika.Sekali pandang, apa yang saya ajukan ini sebagai cakap yang TIDAK masuk akal. Ianya tidak masuk akal kerana apa yang saya nyatakan ini dibaca dalam tahun 2008. Bayangkan pada tahun 2020 atau tahun 2025, berapa dolar agaknya harga satu tong petroleum? Bayangkan juga sepuluh tahun dari hari ini apabila telaga minyak kita kering. Dari mana hendak dicari dana subsidi untuk menampung pengurangan harga minyak?