Monday, November 16, 2009

Awang Hitam....

BUDAYA warga Afrika yang begitu asing dan kasar menimbulkan ketidakselesaan di kalangan penduduk tempatan di negara ini. Lebih mencemaskan, kebanjiran golongan itu di beberapa lokasi sekitar ibu negara menggambarkan mereka seolah-olah penduduk asal kawasan berkenaan.
Tidak dapat dipastikan status sebenar golongan yang dikenali sebagai Awang Hitam ini, sama ada mereka benar-benar pelancong, pelajar atau memasuki negara ini secara haram.
Namun, apa yang pasti, kehadiran mereka yang semakin sukar dibendung sebenarnya tidak disenangi penduduk tempatan kerana mengundang pelbagai masalah sampingan.
Jika sebelum ini, warga Afrika sering dikaitkan dengan sindiket ‘black money’ atau pengedaran dadah, tidak mustahil Awang Hitam akan terus bermaharajalela di ibu negara melakukan jenayah berat, jika kehadiran mereka yang tidak diundang itu dipandang sepi pihak berkuasa.
Sudah berulang kali desakan dibuat agar masalah kebanjiran pendatang asing warga Afrika ditangani segera.
Walaupun pelbagai tindakan diambil pihak penguat kuasa namun kehadiran mereka bukannya berkurangan malah semakin bertambah saban hari.
Kebimbangan masyarakat di negara ini juga sudah banyak kali diluahkan di dada-dada akhbar mengenai kehadiran warga Afrika yang semakin ramai dan lebih dikenali sebagai ‘Awang Hitam’ di negara ini, namun ia seolah-olah tidak memberi kesan.
Akibatnya, satu demi satu masalah dan perlakuan jenayah membabitkan warga Afrika diselongkar.
Insiden terbaru yang mencetuskan kebimbangan rakyat Malaysia ialah seorang lelaki Sudan yang dituduh membunuh anak perempuan kekasihnya yang berusia tiga tahun, Aaliyah Ayman Hussin Abdullah di sebuah kondominium di Hulu Langat pada 12 Oktober lalu.
Perangkaan dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen mendapati dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, seramai 56,240 warga Afrika memasuki negara ini secara sah.
Kemasukan pelawat dari Afrika Selatan mengatasi negara-negara Afrika yang lain dengan 20 peratus dari keseluruhan daftar kemasukan.
Perangkaan yang sama, sepanjang tahun lalu menyaksikan 110,805 warga Afrika memasuki Malaysia manakala 81 peratus daripada mereka merekodkan aliran keluar semula dari negara dalam tempoh berkenaan.
Dalam pada itu, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, Jabatan Imigresen telah mengambil tindakan undang-undang ke atas 128 warga Afrika atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Kesalahan itu termasuk tamat tempoh permit, terlibat dalam aktiviti pelacuran dan pemalsuan dokumen.
Daripada jumlah itu, 48 peratus kesalahan adalah dilakukan oleh warga Nigeria diikuti Sudan dengan 18 peratus dan Somalia (13 peratus).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin turut menyatakan kebimbangannya dengan kebanjiran warga Afrika yang bertumpu di beberapa lokasi terpilih di ibu negara seperti Puchong, Seri Kembangan, Ampang, Kepong dan Pandan Indah.
Ketika diminta mengulas mengenai senario itu, pemimpin nombor satu Jabatan Siasatan Jenayah itu berkata, situasi tersebut ekoran wujudnya persepsi kononnya mereka akan berada di ruang lingkup yang ‘selesa’ jika berada di kawasan dipenuhi kaum mereka.
“Jadi ia akan mendorong serta cenderung untuk melakukan jenayah disebabkan memikirkan mereka ‘raja’ di kawasan itu,” katanya di sini hari ini.
Tegasnya, polis sentiasa memantau pergerakan mereka termasuk meletakkan anggota polis berpakaian preman terutama di kawasan-kawasan yang menjadi lokasi tumpuan golongan itu.
Beliau menambah, sekiranya dilihat pada trend terkini, warga Afrika kebanyakannya memasuki negara menggunakan pas pelajar.
“Bila sampai sini, mereka tak belajar sebaliknya melakukan jenayah. Pas sebagai pelajar khususnya di institusi pengajian tinggi (IPT) kebanyakannya swasta itu hanyalah sebagai tiket untuk mereka memasuki Malaysia,” ujarnya.
Pada masa sama, beliau tidak menolak kemungkinan mereka menyamun kaum mereka sendiri. Bagaimanapun, mangsa mungkin tidak mendedahkan atau membuat laporan kerana khuatir keselamatan disebabkan mereka senang dikesan di kalangan sesama kaum.
Apa yang membimbangkan serta menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan orang ramai, kata Mohd. Bakri, adalah gelagat mereka yang gemar berkumpul secara beramai-ramai di kawasan-kawasan tumpuan ramai.
“Berdasarkan perangkaan, kebanyakan daripada mereka dilihat terlibat dalam kegiatan pemalsuan wang, dadah, penipuan dan curi,” ujarnya.
Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Mohd. Bakri, seramai 21 warga Afrika ditahan kerana terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah.
Menurutnya, 76 peratus daripada kesalahan yang dilakukan adalah mencuri, diikuti pecah rumah, samun berkawan tanpa senjata dan mendatangkan kecederaan.
Berdasarkan perangkaan sepanjang tahun lalu, beliau berkata, jenayah curi membabitkan warga Afrika masih mengatasi kesalahan lain dengan 54 peratus, diikuti samun berkawan tanpa bersenjata, pecah rumah, mendatangkan kecederaan dan bunuh.
Beliau berkata, trend terkini juga memperlihatkan penglibatan mereka dalam kes-kes pecah hotel.
Dalam pada itu Mohd. Bakri mengakui warga Afrika memang cukup pandai untuk memikat wanita tempatan dengan menggunakan pujuk rayu sebagai senjata utama mereka.
“Wanita kita (Malaysia) pula senang terpedaya dengan kata-kata manis tanpa menyedari agenda mereka di sebalik itu,” jelasnya.
Malah, lebih menyedihkan kata beliau, ada wanita tempatan yang sanggup merelakan diri mereka dicabul dan dirogol.
Sehubungan itu, beliau meminta, gadis-gadis tempatan supaya mengambil iktibar dan tidak mudah terjerumus untuk melakukan perbuatan-perbuatan terkutuk dan salah di sisi undang-undang.

Friday, September 11, 2009

Hukum Bersanding


Hukum Bersanding
Jika majlis persandingan tersebut dibuat secara tertutup (di hadapan keluarga terdekat/mahram), ia diharuskan. Ini kerana ada di antara adat yang masih boleh dipulihkan mengikut acuan Islam atau memenuhi tuntutan syarak.
Tujuan asal majlis bersanding ini ialah untuk memperkenalkan pengantin yang bergelar raja sehari kepada orang ramai.
Memang seharusnya mereka diperkenalkan sebagai pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi kebanyakan tetamu yang datang ke majlis walimah itu adalah bertujuan melihat dan menatap wajah pasangan raja sehari.
Namun di dalam majlis yang penuh kemeriahan dan bersejarah perlu di pastikan agar syariat Islam tidak tenggelam dalam lautan kegembiraan.
Persoalan yang sangat penting dalam bersanding ialah dari manakah asalnya budaya bersanding; adakah ia budaya masyarakat melayu atau budaya masyarakat lain.
Sepanjang pemerhatian, saya dapati budaya bersanding di Malaysia asal usulnya adalah dari budaya masyarakat India. Sekiranya masyarakat Melayu masih mahu berpegang kepada adat maka perlu pastikan adat itu tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Justeru, apa jua bentuk upacara majlis persandingan boleh diadakan tetapi dengan syarat persandingan itu hanya dikhaskan untuk ahli keluarga yang mahram sahaja.
Tiada percampuran iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
Tiada pembaziran dan tiada aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Apatah lagi jika mengabaikan perintah Allah SWT dengan meninggalkan solat atas alasan sibuk melayan para tamu yang hadir.
Disebabkan manusia tidak mengambil berat terhadap syariat maka hilangnya keberkatan dalam sebuah perkahwinan. Ini kerana manusia lebih ghairah menggembirakan orang ramai dan tidak menggembirakan Allah SWT.
Itulah masalahnya; manusia hanya akan mencari Allah SWT ketika ditimpa duka dan dalam keadaan terhimpit; dan melupai-Nya sewaktu dia senang dan gembira.
Hukum Adat Merenjis
Adat merenjis jika ia dilakukan dengan kepercayaan untuk menghindarkan pasangan pengantin daripada nasib buruk atau gangguan makhluk halus, ia tidak ubah seperti mengikuti adat masyarakat Hindu. Ia adalah diharamkan.
Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya: "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka". (Hadis sahih riwayat Abu Dawud).
Dalam hadis lain yang dikeluarkan oleh al-Imam Ahmad, Ibn Umar r.a juga berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Aku diutus dengan pedang menjelang hari kiamat, sehingga (orang-orang bukan Islam) menyembah Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, dijadikan rezeki dibawah bayangan tombakku, dan dijadikan hina dan rendah bagi sesiapa saja yang berselisihan dengan urusanku. Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka". (Musnad Ahmad)
Dua hadis di atas jelas menunjukkan kepada kita mengenai larangan Islam kepada umat Islam supaya tidak mencontohi atau meniru adat dan amalan masyarakat yang lain selain dari Islam.
Namun begitu, jika ia dilakukan dengan niat semata-mata untuk meriah dan menyerikan lagi majlis perkahwinan tersebut tanpa disertai oleh sebarang niat yang lain, maka ia diharuskan.
Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah pihak yang melarang mengamalkan adat tersebut dengan alasan ia bukan dari budaya Islam.
Memang benar, panel turut mengakuinya. Namun, Islam tidak melarang sebarang adat tempatan dan budaya sesuatu tempat selagi mana adat dan budaya tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan di dalam Islam.
Wallahu 'Alam.

Tuesday, August 4, 2009

APE NIEEEE.....

Polis Kuala Lumpur menahan seramai 589 individu yang menyertai perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dianjurkan Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) di sekitar ibu negara sehingga pukul 9 malam ini.
Daripada jumlah terbabit, seramai 549 lelaki dan 40 perempuan ditahan mengikut Seksyen 105 Kanun Tatacara Jenayah.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman, jumlah itu membabitkan seramai 545 orang dewasa dan 44 remaja berusia bawah 18 tahun.
Beliau juga berkata, antara orang dewasa yang ditahan, sebanyak 73 berusia 51 tahun ke atas, manakala daripada 44 remaja, 20 merupakan pelajar sekolah yang berusia 17 tahun ke bawah.
Polis turut menahan tujuh pelajar dari institut pengajian tinggi, tambahnya.
''Tangkapan terhadap mereka ini dibuat setelah arahan polis yang dikeluarkan supaya tidak menyertai perhimpunan itu gagal dipatuhi.
''Siasatan turut dilakukan di bawah Akta Pertubuhan dan Akta Polis. Ini adalah prosedur biasa,'' katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.
Ditanya pemberita bila mereka yang ditahan itu akan dibebaskan, beliau berkata, ia bergantung kepada siasatan yang sedang dijalankan.
Menurutnya, polis juga sedang menyiasat penglibatan beberapa pemimpin parti pembangkang dalam perhimpunan ini.
Antaranya, menurut Muhammad Sabtu, Ketua Pakatan Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pesuruhjaya Pas, Datuk Mustafa Ali; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Selain itu, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang; Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat, Shamsul Iskandar Mat Ikin; Ahli Parlimen Machang, Saifudin Nasution; Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar; Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh dan Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad.
Muhammad Sabtu bagaimanapun berkata, tiada kecederaan dan kerosakan harta benda dilaporkan setakat ini walaupun terdapat beberapa individu membaling batu.
Malah, beliau turut menyatakan rasa kesal apabila mendapati segelintir pelajar universiti turut terlibat dalam perhimpunan terbabit.
''Sebuah bas yang membawa 46 penumpang dipercayai bagi menyertai perhimpunan terbabit dari arah Kepong disekat daripada memasuki ibu negara," katanya.Polis Kuala Lumpur menahan seramai 589 individu yang menyertai perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dianjurkan Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) di sekitar ibu negara sehingga pukul 9 malam ini.
Daripada jumlah terbabit, seramai 549 lelaki dan 40 perempuan ditahan mengikut Seksyen 105 Kanun Tatacara Jenayah.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman, jumlah itu membabitkan seramai 545 orang dewasa dan 44 remaja berusia bawah 18 tahun.
Beliau juga berkata, antara orang dewasa yang ditahan, sebanyak 73 berusia 51 tahun ke atas, manakala daripada 44 remaja, 20 merupakan pelajar sekolah yang berusia 17 tahun ke bawah.
Polis turut menahan tujuh pelajar dari institut pengajian tinggi, tambahnya.
''Tangkapan terhadap mereka ini dibuat setelah arahan polis yang dikeluarkan supaya tidak menyertai perhimpunan itu gagal dipatuhi.
''Siasatan turut dilakukan di bawah Akta Pertubuhan dan Akta Polis. Ini adalah prosedur biasa,'' katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.
Ditanya pemberita bila mereka yang ditahan itu akan dibebaskan, beliau berkata, ia bergantung kepada siasatan yang sedang dijalankan.
Menurutnya, polis juga sedang menyiasat penglibatan beberapa pemimpin parti pembangkang dalam perhimpunan ini.
Antaranya, menurut Muhammad Sabtu, Ketua Pakatan Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pesuruhjaya Pas, Datuk Mustafa Ali; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Selain itu, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang; Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat, Shamsul Iskandar Mat Ikin; Ahli Parlimen Machang, Saifudin Nasution; Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar; Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh dan Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad.
Muhammad Sabtu bagaimanapun berkata, tiada kecederaan dan kerosakan harta benda dilaporkan setakat ini walaupun terdapat beberapa individu membaling batu.
Malah, beliau turut menyatakan rasa kesal apabila mendapati segelintir pelajar universiti turut terlibat dalam perhimpunan terbabit.
''Sebuah bas yang membawa 46 penumpang dipercayai bagi menyertai perhimpunan terbabit dari arah Kepong disekat daripada memasuki ibu negara," katanya.

Monday, July 27, 2009

Dr M ragui keikhlasan PAS untuk kerjasama


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kesediaan PAS untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat sebagai tidak ikhlas dan bermotifkan politik.Katanya, ini kerana pemimpin mereka hanya berusaha untuk memperkukuhkan PAS dan bukan memantapkan BN."Saya tahu kerana saya sudah melalui pengalaman ini. Dalam skim Felda kita masukkan orang Umno, dan selepas pemimpin PAS (allahyarham Tan Sri Asri Muda) jadi menteri yang bertanggungjawab hal ehwal Felda, semua orang Felda cenderung menentang kita."Sebabnya mereka kempen untuk PAS dan bukan untuk kerajaan," katanya kepada pemberita Malaysia selepas menghadiri sesi hari pertama Dialog Perkongsian Pintar di Munyonyo, Uganda, lapor Bernama.Dr Mahathir mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS untuk berbaik-baik dengan kerajaan pusat dan melupakan sengketa politik demi menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.Nik Aziz (kanan) berharap perselisihan pendapat yang timbul dalam kalangan pemimpin politik terutama antara Umno dan PAS sewaktu kempen pilihanraya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Manik Urai baru-baru ini, dilupakan dan kedua-dua pihak kembali semula kepada semangat persaudaraan sesama Islam.Dr Mahathir mahu Umno berhati-hati menerima kerjasama itu bagi mengelak daripada terjerat permainan politik PAS."Yang pertama, PAS mahu kerjasama dengan siapa? Kalau mahu kerjasama dengan BN, masuk dalam BNlah. Kalau mahu kerjasama dengan Umno, itu sudah 'racist party' seperti yang didakwa pihak tertentu, jadi saya khuatir dengan niat mereka," katanya.Mengenai penyertaan beberapa pemimpin parti komponen BN termasuk terbaru bekas naib presiden MIC Datuk S.S. Subramaniam ke dalam PKR, Dr Mahathir berkata tindakan itu sedikit sebanyak memberi kesan yang tidak baik kepada BN.
"Tidak banyak orang Umno yang menyertai PKR. Sebelum ini, saya pun berhentimenjadi ahli Umno tetapi saya tidak menyertai parti lain."Namun kita lihat banyak pemimpin parti komponen BN, yang dilayan secukupnya, masih tidak berpuas hati dengan apa yang mereka perolehi," katanya.Dr Mahathir berkata penyelesaian terbaik untuk menangani kemelut itu ialah dengan mewujudkan kerajaan yang baik yang disokong oleh rakyat.

Sunday, June 28, 2009

Kahwen....oh Kahwen

PERKAHWINAN bagi kebanyakan pasangan adalah sesuatu yang suci, indah dan abadi. Dari ketika menjalani proses percintaan hinggalah selesai upacara akad nikah adalah sesuatu yang biasa bagi setiap pasangan untuk melihat pasangan mereka sebagai pilihan terbaik.
Segala yang dilakukan akan dilihat sebagai sempurna di mata pasangan masing-masing. Namun di sebalik semua kesempurnaan ini satu-satunya masalah yang akan menghantui orang lelaki setelah mendapat persetujuan daripada keluarga pihak perempuan untuk 'menyunting bunga di taman' ialah wang hantaran.
Mungkin ada pihak yang merasakan perkara ini bukan satu bebanan bersesuaian dengan status dan pendapatan yang diperolehi. Apatah lagi bagi pihak keluarga perempuan ia umpama satu "hak eksklusif" dalam menetapkan berapa jumlah wang hantaran sebelum anak gadis mereka berpindah tangan kepada bakal suami.
Namun kita tidak boleh menafikan bahawa isu wang hantaran ini sering menghantui pasangan sebelum berkahwin.
Soal wang hantaran jika munasabah bukanlah satu persoalan tetapi ia akan menjadi sesuatu yang membebankan jika keterlaluan. Maka akan kedengaranlah pandangan dan kritikan pedas masyarakat "nak jual anak ke".
Isu tentang wang hantaran ini bukanlah sesuatu yang baru dan harga yang ditetapkan semakin meningkat bersesuaian dengan keadaan dan realiti semasa kehidupan.
Dalam membicarakan hal ini penulis teringat gurauan yang diluahkan oleh seorang sahabat yang berpengalaman dalam menguruskan perkahwinan bahawa ia umpama membeli tiket kapal terbang.
Kebiasaannya harga tiket agak murah dan mampu dimiliki tetapi yang membuat harganya lebih mahal ialah pembayaran tambahan akibat terpaksa membayar cukai airport, pengurusan dan surcaj. Ini yang membuatkan penumpang terpaksa memilih dan berkira sebelum membuat keputusan.
Situasi ini yang terpaksa dihadapi oleh para pengantin lelaki apabila terpaksa membayar wang hantaran yang mahal padahal wang mas kahwinnya hanya berapa sangat.
Oleh itu ramailah lelaki yang terpaksa kahwin lewat akibat terpaksa mengumpul wang dan mengikat perut sebelum dapat melampiaskan hajat yang tersimpan sejak sekian lama.
Dari segi hukumnya pembayaran wang hantaran bukanlah sesuatu yang perlu namun kerana menghormati adat dan tradisi kita sebagai orang Melayu maka perkara seperti hantaran dan persandingan lebih menjadi perhatian.
Dan secara umumnya wang hantaran ini diberikan kepada pihak pengantin perempuan sebagai tanda pemberian ikhlas yang kemudiannya boleh digunakan untuk mengurus kerja-kerja persandingan.
Apatah lagi urusan persandingan dari pakaian pengantin hinggalah makan minum jemputan melibatkan perbelanjaan yang agak besar memandangkan tradisi menanggah dan tolong menolong ketika majlis perkahwinan semakin pupus.
Maka perbelanjaan perkahwinan yang agak besar ini bersesuaian dengan kemeriahan yang dialami ketika majlis pernikahan dan persandingan berlangsung.
Secara puratanya kadar wang hantaran pada masa sekarang ialah sekitar RM8,000 hingga RM10,000. Dan berdasarkan keadaan ekonomi dan kemakmuran negara ini ia mungkin dianggap munasabah.
Namun jika dikira semula termasuklah perbelanjaan kenduri di kedua-dua belah pihak, jumlah meningkat sehingga sekitar RM12,000 hingga RM20,000. Pastinya jumlah itu dianggap agak membebankan dan ramai lelaki terpaksa mengeluh sebelum berkahwin.
Bagi kebanyakan eksekutif muda yang berpendapatan sekitar RM1,800 hingga RM2,500, untuk menyimpan wang hantaran seperti yang disebutkan di atas mungkin tiada masalah tetapi ia pastinya mengambil masa sekitar dua hingga lima tahun.
Ditambah pula dengan bebanan dan kos hidup di ibu kota yang semakin meningkat akhirnya ramai lelaki terpaksa kahwin lewat malah ia dilihat semakin menjadi trend kebelakangan ini.
Maka jalan terbaik dalam menyelesaikan keserabutan ini ialah dengan membuat pinjaman bank.
Pinjaman
Hendak disalahkan pihak bank tidak boleh kerana ia adalah sebahagian dari hukum perdagangan untuk mencari keuntungan. Mereka ini senantiasa melihat peluang dalam kekusutan. Sebarang peluang yang boleh menguntungkan pastinya tidak akan mampu ditolak oleh perusahaan perbankan.
Oleh itu hendak atau tidak kebanyakan lelaki yang mahu berkahwin terpaksa membuat pinjaman dan turut terbukti bagi pihak bank bahawa bentuk perniagaan ini sangat menguntungkan.
Yang menjadi kebimbangan, apabila ia menjadi satu ikutan sehingga hantaran perkahwinan semakin meningkat di luar kebiasaan dan mencecah ratusan ribu.
Bagi mereka yang mampu mungkin tidak ada masalah dan ia dianggap sebagai pemberian ikhlas. Tetapi bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana adalah sukar untuk memenuhi permintaan pihak pengantin perempuan jika wang hantarannya mencecah puluhan ribu ringgit.
Jika kita perhatikan beberapa ketetapan dan alasan sering digunakan dalam menetapkan wang hantaran ini. Seperti yang dikatakan tadi penetapan wang hantaran kebanyakannya merupakan hak eksklusif keluarga pengantin perempuan.
Walaupun mungkin beberapa perbincangan dilakukan dalam menetapkan wang hantaran antara pihak kedua-dua bakal mempelai namun keputusan akhir akan tetap diputuskan oleh pihak perempuan. Maka pada kebiasaannya harga wang hantaran ditetapkan atas beberapa kriteria.
Kriteria pertama terletak kepada pengaruh keluarga pengantin perempuan. Jika pihak perempuan "mata duitan" maka mahallah duit hantaran yang perlu dikeluarkan. Kita tidak boleh menafikan terdapat segelintir ahli masyarakat yang masih berfikiran begini semata-mata untuk meraih keuntungan hasil dari perkahwinan yang akan berlangsung. Sikap sebegini pastinya akan membuatkan masyarakat memandang serong terhadap pihak keluarga serta merosakkan jalinan institusi kekeluargaan itu sendiri.
Kriteria kedua ialah tahap akademik pengantin wanita itu sendiri. Semakin tinggi tahap pendidikan wanita tersebut semakin mahal wang hantarannya.
Kriteria ketiga ialah paras rupa wanita yang bakal disunting. Walaupun perkara ini agak subjektif kerana kecantikan seseorang wanita dinilai berbeza oleh lelaki berdasarkan cita rasa dan kehendak peribadi namun ia merupakan antara kriteria penting dalam penetapan wang hantaran. Semakin cantik dan 'bergetah' seseorang wanita itu semakin tinggilah harga yang perlu dibayar.
Kriteria terakhir dalam hal ini ialah jenis pekerjaan dan pendapatan bulanan yang diterima. Pastinya pekerjaan seperti doktor, akauntan dan jurutera dibayar gaji yang mahal, oleh itu jumlah wang hantaran turut meningkat.
Berdasarkan kriteria di atas adalah jelas kenapa harga wang hantaran agak sukar dikompromi oleh pihak perempuan. Paling jelas harga wang hantaran termahal ini selalunya didominasi oleh golongan artis.
Ini mungkin berkait dengan soal kecantikan yang dimiliki selain dari pendapatan tinggi dan populariti yang diperoleh.
Sebelum ini, penyanyi Juliana Banos yang berkahwin dengan Pengarah Urusan Mutiara Motor Sdn Bhd, Mokhtar Ahmad pada 16 Disember 2005, dinobat sebagai antara artis yang menerima wang hantaran tertinggi di negara ini, iaitu RM77,888.77.
Itu tidak termasuk dua bentuk cincin berlian jenama Cartier dan Carat Club yang bernilai lebih RM10,000, beg tangan dan dua pasang kasut jenama Louis Vuitton (LV) serta set wangian.
Penyanyi ternama negara, Datuk Siti Nurhaliza pula menerima wang hantaran dari suaminya Datuk Seri Muhammad Khalid Jiwa sebanyak RM30,000 dan mas kahwin RM22,222.
Satu lagi insiden juga melibatkan antara wang hantaran tertinggi di negara ini tetapi tidak kekal lama membabitkan bekas model, Puteri Shahanaz Hazlin Hamdan yang berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Roslan Hashim.
Puteri Shahanaz menerima wang hantaran RM444,444.44 dan mas kahwin RM22,222.22.
Selain itu, Puteri Shahanaz turut menerima 22 hantaran termasuk kereta BMW 320i berharga RM250,000; set barangan kemas (RM150,000); jam tangan Rolex (RM25,000); cincin (RM20,000) serta beg tangan, kasut, wangian dan kosmetik jenama terkenal.
Gilang gemilang
Pasangan tersebut diijabkabulkan di rumah pengantin perempuan di Lorong Tok Sira 3 pada September 2006 manakala majlis persandingan diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah.
Roslan yang ketika itu merupakan Pengerusi Eksekutif Ghaz Properties Sdn Bhd, berkata beliau membelanjakan RM3.5 juta bagi memastikan majlis persandingan berlangsung penuh gilang-gemilang.
Bagaimanapun kebahagiaan yang diharapkan tidak kekal lama apabila setahun kemudian pasangan ini bercerai pada 4 Oktober 2007.
Puteri Shahanaz memohon cerai fasakh dan Roslan bersetuju membayar tuntutan mutaah RM100,000 secara ansuran, iaitu RM5,000 sebulan kepada Puteri Shahanaz. Roslan turut bersetuju membayar nafkah RM1,500 sebulan kepada anak tunggal mereka, Putera Airil Imran.
Kisah di atas ini pastinya memberi pengajaran bahawa wang hantaran yang tinggi dan majlis perkahwinan yang keterlaluan gahnya bukanlah penentu kepada kebahagiaan berlanjutan sehingga ke akhir hayat. Ditambah pula dengan pelbagai jumlah wang hantaran dengan nombor menarik beserta dengan tarikh perkahwinan yang lain daripada lain, ia seolah-olah telah menjadi trend yang mempengaruhi masyarakat.
Secara peribadi hantaran perkahwinan tidaklah perlu terlalu menekan sehingga menjadi beban kepada pasangan pengantin. Ada yang berpandangan supaya wang hantaran ini perlu dikongsi antara kedua mempelai bagi mengelakkan bebanan keterlaluan kepada pengantin lelaki.
Mungkin ada baiknya saranan sebegini namun jika wang hantaran ditetapkan lebih rendah ia pastinya lebih melegakan semua pihak.
Perlu difahami wang hantaran ini ditetapkan bagi keperluan pihak perempuan mengendali majlis persandingan sebelah mereka. Semakin meriah majlis perkahwinan semakin tinggilah wang hantaran yang perlu dikeluarkan.
Oleh itu cara terbaik untuk mengatasi masalah wang hantaran tinggi ini ialah dengan kembali kepada ajaran agama.
Hantaran dimaksudkan sebagai hadiah daripada suami kepada isteri dan juga hadiah daripada isteri kepada suami, iaitu saling bertukar hadiah sebagai tanda setuju dengan perkahwinan itu. Hantaran tidak wajib tetapi mengikut hukum adat hukumnya harus.
Manakala mas kahwin disebut sebagai mahar adalah hak/harta isteri yang wajib suami serahkan kepada isteri untuk menghalalkan pernikahan antara keduanya.
Maka Islam sendiri menerangkan apa yang perlu diutamakan dalam sesebuah perkahwinan iaitu mas kahwin dan bukannya wang hantaran. Tetapi kerana kepercayaan masyarakat kita yang terlalu berpegang pada adat maka kita lebih mengutamakan wang hantaran yang tinggi daripada kesempurnaan majlis akad nikah.
Stigma inilah yang perlu diubah oleh masyarakat. Bukan bermaksud untuk menidakkan kepentingan wang hantaran perkahwinan ini namun ia perlulah sekadar termampu dan paling penting keikhlasan.
Ia perlu dilaksanakan mengikut kemampuan dan tidak membazir semata-mata mahu menunjuk-nunjuk kepada orang keliling. Perbuatan sebegini hanya menambahkan lagi dosa kita.
Wang hantaran sememangnya menjadi tanggungjawab pihak lelaki untuk dipenuhi dan jika dilihat dari sudut kebaikannya, ia umpama persediaan awal seseorang bakal suami untuk menanggung tanggungjawab sebelum memulakan kehidupan berkeluarga.
Pastinya usaha mengumpul wang hantaran ini mampu mengajar tanggungjawab sebenar si lelaki sebelum bergelar suami yang bakal menanggung isteri dan bakal anak-anak.
Satu lagi ia pasti turut mengajar mereka bahawa bukan senang hendak berkahwin dan melamar anak dara orang.
oleh itu jika pada masa depan mungkin terlintas di hati hendak menambah isteri lagi, mungkin mereka akan berfikir lima enam kali, betapa peritnya satu ketika dulu 'mengikat perut' hendak mengumpul wang dan berhutang sebelum akhirnya mampu berkahwin.

Monday, June 22, 2009

Nizar Oh Nizar

SIDANG Dewan Rakyat bagi mesyuarat dan penggal kedua, Parlimen ke-12 yang bermula Isnin lalu telah menerima kehadiran anak bongsunya, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga bekas Menteri Besar Perak.
Sepatutnya dengan kehadiran anggota keluarga baru, ia akan membawa bersama sinar kegembiraan tetapi perkara sebaliknya berlaku apabila anak bongsu itu sejurus mengangkat sumpah telah membuat onar dan cuba memartabatkan budaya samseng apabila menjadikan Dewan Rakyat tidak ubah seperti sarkas dengan pekikan dan lolongan yang turut disambut oleh rakan-rakannya.
Kesudahannya, si ayah, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang amat kecewa dengan perangai dan sikap yang ditunjukkan oleh anak bongsunya itu telah melakukan tindakan terbaik dengan menghalau Mohammad Nizar bersama dengan enam lagi ahli Parlimen pembangkang yang berkeras untuk terus memakai lilitan kepala, songkok dan lengan yang tertera perkataan 'Bubar DUN'.
Mereka ialah Datuk Ngeh Kor Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena), N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Dr. Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli (Pas-Kuala Krai).
Kesemua mereka digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama dua hari yang berakhir pada Selasa.
Apa yang menyedihkan, Mohammad Nizar ketika ditemui pemberita pada Rabu lalu langsung tidak menunjukkan sebarang kekesalan terhadap tingkah lakunya mencari publisiti murahan itu, sebaliknya beliau seolah-olah berbangga dan 'perasan' seperti seorang wira.
Sementara itu, sidang Dewan Rakyat kali ini juga amat bermakna buat Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan persidangan pertama baginya sebagai Perdana Menteri berikutan peralihan kuasa pada 3 April lalu.
Pada masa sama juga, kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada hari pertama sidang Dewan Rakyat juga telah mencuri tumpuan banyak pihak.
Sementara itu, Najib memulakan hari pertamanya dengan menjelaskan secara panjang lebar gagasan 1Malaysia yang tidak bertunjangkan pada konsep asimilasi seperti amalan negara lain, di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan bagi digantikan dengan satu identiti nasional baru.
Tegas Perdana Menteri, 1Malaysia juga jauh berbeza daripada konsep Malaysian Malaysia parti pembangkang yang tidak bertunjangkan pada Perlembagaan Persekutuan.
Dalam pada itu, seperti dijangka, Penasihat DAP, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) turut memulakan hari pertama sidang dewan dengan membawa usul supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat individu yang terbabit dalam penyelewengan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Bagaimanapun, ia telah ditolak oleh Pandikar dengan mengatakan walaupun isu berkenaan berkepentingan awam, ia bukan sesuatu yang perlu disegerakan memandangkan kes itu sedang disiasat oleh Kementerian Pengangkutan yang sudah menubuhkan pasukan khas untuk memberi laporan dalam tempoh dua bulan.
Dijangkakan sidang Dewan Rakyat pada minggu hadapan akan panas dengan soalan-soalan asakan daripada pihak pembangkang mengenai isu PKFZ dengan kehadiran Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat yang sebelum ini terpaksa menghadiri tugasan rasmi di Paris, Perancis.

Friday, June 19, 2009

Semudah beli ubat sakit kepala


APA sudah jadi? Obses untuk menjadi ‘wanita’, golongan lelaki lembut dan mak nyah kini mengamalkan makan pil pencegahan kehamilan yang melambak di pasaran kerana didakwa boleh membentuk tubuh mereka seperti ‘wanita’.
Tanpa menghiraukan nyawa dan kesihatan diri, golongan tersebut terpengaruh dengan dakwaan bahawa ubat-ubat tersebut mampu merealisasikan impian mereka menjadi wanita.
Amalan buruk itu bukan sahaja membimbangkan masyarakat tetapi juga pakar-pakar kesihatan kerana ia sebenarnya memudaratkan kesihatan mereka.
Wartawan NORAINI NORDIN bersama jurufoto MOHD. FARIZWAN HASBULLAH, HARUN OSMAN dan AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN meninjau pasaran ubat-ubat tersebut yang didapati boleh dibeli secara bebas di kebanyakan farmasi-farmasi dan kedai ubat di negara ini semudah membeli ubat sakit kepala.
Lebih mengejutkan lagi, ubat- ubat berkenaan turut dijual secara terbuka di pasar malam dan kaki lima oleh warga asing bersama ubat-ubat tradisional.
Di bawah Akta Racun 1952, ubat-ubat pencegah kehamilan diklasifikasikan dalam Kumpulan C iaitu ubat yang dikawal rapi dan perlu mematuhi Seksyen 24 Akta Racun 1952 yang mewajibkan ia direkodkan dalam Buku Preskripsi sebelum dibekalkan kepada pengguna.
Persoalannya, sejauh mana undang-undang itu digeruni? Risiko penggunaanya terhadap kesihatan dan adakah penguatkuasaan mampu mengawal lambakan ubat-ubat tersebut?
KUALA LUMPUR 14 Jun – Semudah membeli ubat sakit kepala. Begitulah bebasnya penjualan dan pembelian ubat-ubat pencegah kehamilan di kebanyakan farmasi dan kedai ubat di negara ini.
Lebih buruk lagi, ubat-ubat tersebut juga dijual secara terbuka di pasar-pasar malam dan kaki-kaki lima oleh warga asing.
Sedangkan, ubat-ubat tersebut tertakluk di Bawah Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952 yang diklasifikasikan dalam Kumpulan C iaitu ubat yang dikawal rapi dan perlu mematuhi Seksyen 24 Akta Racun 1952 yang mewajibkan ia direkodkan dalam Buku Preskripsi sebelum dibekalkan kepada pengguna.
Jika peraturan itu tidak dipatuhi, denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih daripada dua bulan atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan.
Pemantauan Utusan Malaysia selama dua minggu di sekitar ibu kota mendapati peraturan tersebut langsung tidak digeruni ahli-ahli farmasi yang bertugas di farmasi-farmasi atau di kedai-kedai ubat berlesen.

Thursday, May 14, 2009

Info Daerah Kuala Langat

Kuala Langat adalah salah satu dari Sembilan daerah di Selangor. Ia bersempadan dengan Daerah Klang dan Sepang. Sebahagian daerah Kuala Langat terletak di persisiran Selat Melaka. Pembangunan pesat kawasan seperti Putrajaya dan Lapangan Terbang KLIA telah meletakkan daerah ini kawasan yang strategik untuk pelaburan. Disamping itu, daerah ini disokong dengan kemudahan infrastruktur jalan raya yang baik yang menyambungkan ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Bandar Diraja Klang, Pelabuhan Klang, Putrajaya dan KLIA.
Daerah Kuala Langat mempunyai keluasan seluas 87,704 hektar. Jumlah penduduk melebihi 200,000 orang dengan majoriti daripada bangsa Melayu, diikuti oleh cina dan India serta jumlah kecil orang asli.
Pada masa ini, terdapat sebuah kawasan perindustrian bertaraf Zon Perdagangan Bebas di Telok Panglima Garang. Di sini terdapat kilang elektronik dan alat ganti kenderaan. Tanaman utama daerah ini adalah kelapa sawit

Wednesday, April 29, 2009

Usaha Kekang Wabak Selesema Babi Dipertingkat


BANDAR RAYA Mexico: Kebanyakan negara meningkatkan usaha mengekang penularan wabak selesema babi dengan Kesatuan Eropah semalam menasihatkan warga benua itu agar tidak mengunjungi negara terjejas dengan penyakit maut itu ketika Mexico melaporkan angka kematian meningkat 103 orang semalam. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut bertindak membuka 'bilik perang' bagi memantau dan memberi arahan kepada kerajaan di seluruh dunia agar selesema babi tidak bertukar menjadi wabak besar-besaran atau pandemik yang mungkin menyebabkan jutaan orang maut. Sementara itu di Madrid, kementerian kesihatan Sepanyol mengesahkan kes pertama selesema babi di negara itu semalam apabila seorang rakyatnya dijangkiti penyakit itu selepas kembali dari Mexico. Seramai 20 orang lagi disyaki menjangkiti penyakit itu.

Monday, April 20, 2009

Kenapa Kitar Semula

Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih lebih bersih,
Sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan. jika dibiarkan bersepah, ia akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan gagak. melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.

Kitar Semula untuk mengurangkan pencemaran.
Longgokkan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah satu punca pencemaran dalam iklim tropika. amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan udara.

Kitar Semula untuk menjimatkan kos
Dalam jangka panjang, mengitar semula adalah lebih menjimatkan berbanding dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah atau sistem yang lain. Apabila program kitar semula bertambah cekap, sampah yang perlu dilupus akan semakin berkurangan, ini seterusnya akan memanfaatkan anda kerana caj pelupusan sampah akan dikurangkan.

Thursday, April 9, 2009

Malaysia Cabinet



KUALA LUMPUR, April 9 — Datuk Seri Najib Razak announced his Cabinet of 28 ministers today, with many faces retained and Sabah emerging big winners with four members given senior portfolios.
But despite the expectations otherwise, there were only a sprinkling of new faces with many members of Tun Abdullah Ahmad Badawi’s team retaining their jobs albeit with different ministries.
The Cabinet was also marginally trimmed down even though a leaner Cabinet was expected.
Among the ministers dropped were Datuk Azalina Aziz, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Amirsham Aziz, Datuk Ong Ka Chuan and Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.
Tan Sri Muhyiddin Yassin, newly elected as Umno deputy president, was made deputy prime minister.
Influential Sabah lawmaker Datuk Anifah Aman was the most prominent new member of the Cabinet and was given the plum Foreign Ministry portfolio.
Datuk Shahrizat Abdul Jalil, as expected, returned to the Cabinet as the new women’s affairs minister, as did Gerakan president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, who was made minister in the Prime Minister’s Department. Both of them will be appointed senators.
Another new face in the Cabinet is Raja Nong Chik, who was appointed Federal Territories minister.
Among the other prominent appointments were Muhyiddin as education minister and Najib himself remains the first finance minister.
Datuk Husni Hanadzlah was made the second finance minister.
Besides Anifah, the other four Sabah ministers are Tan Sri Bernard Dompok, Maximus Ongkili and Datuk Shafie Apdal.
Datuk Hishammuddin Hussein, who was elected Umno vice-president, was made the home minister while another Umno V-P Datuk Zahid Hamidi will be the defence minister.
Datuk Mustapa Mohamad was made the international trade and industry minister.
As expected, Khairy Jamaluddin, who was recently elected Umno Youth chief, was not offered a Cabinet post.
It was a major slap in the face for him as Datuk Mukhriz Mahathir, whom he beat in the party polls, was made a deputy minister as was his deputy Youth chief Razali Ibrahim.
MCA also maintains its status quo of four ministers in the Cabinet with Datuk Kong Cho Ha as the new addition in place of Datuk Ong Ka Chuan.

Thursday, April 2, 2009

Hishammuddin pertahan cadangan guru kumpulan A dibenar berpolitik

GEORGETOWN: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mempertahankan cadangannya supaya guru kumpulan A dibenarkan terbabit dalam politik secara aktif. Beliau yang juga Menteri Pelajaran, berkata beliau mempunyai rasional sendiri dalam membuat cadangan itu. "Apa yang diperkatan Tan Sri Ismail Adam (Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), adalah pendapat peribadinya.

"Bagaimanapun, dalam kita membuat keputusan mengenainya, perlu ada perbincangan dan mengambil kira semua pandangan seperti yang dilakukan sekarang," katanya di sini, hari ini.

8,363 calon layak hadiri temuduga biasiswa PILN

KUALA LUMPUR: Seramai 8,363 pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 mula menduduki temuduga bagi memperoleh biasiswa Program Ijazah Luar Negara (PILN) tahun ini. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dalam kenyataannya, berkata sesi temuduga selama lima hari yang akan berakhir esok itu diadakan secara serentak di 18 pusat temuduga seluruh negara. Notis panggilan temuduga sudah dikeluarkan secara dalam talian di Portal JPA mulai 25 Mac lalu.

Kesemua calon akan dinilai oleh panel temuduga yang terdiri daripada 232 pegawai kanan daripada pelbagai bidang dalam perkhidmatan awam dan keputusan tawaran PILN dijangka dapat diketahui Mei ini. Menurut kenyataan itu, JPA menawarkan 2,000 biasiswa bagi sesi PILN tahun ini, dan sejak dibuka untuk permohonan pada 12 hingga 18 Mac lalu sebanyak 15,084 permohonan sudah diterima. - Bernama

Pekerja Rendah Awam Mengaku Tidak Bersalah Terima Rasuah

PETALING JAYA: Seorang pekerja rendah awam Pejabat Daerah/Tanah Petaling mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan menerima rasuah RM85,000 daripada seorang pengantara syarikat hartanah, empat tahun lalu. Mazlizan Kuti, 36, dari Puchong didakwa menerima rasuah RM35,000 daripada Ehlam Omar, sebagai dorongan bagi melakukan transaksi pelarasan nota kredit cukai bagi Syarikat Alpha Skyline Sdn Bhd di dalam Sistem Berkomputer Pungutan Hasil (SPHT), iaitu sebanyak RM541,993. Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah/Tanah Petaling, pada 18 Ogos 2005.

Dia turut didakwa menerima rasuah RM50,000 daripada orang yang sama dan di tempat sama dengan melakukan transaksi yang sama iaitu sebanyak RM393,655, pada 25 April 2006. Mazlizan, yang tidak diwakili peguam bela, didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. Hakim Balqis Aini Mohd Ali membenarkan Mazlizan diikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan mengambil kira tertuduh mempunyai empat orang anak masih kecil selain kesempitan wang.

Balqis kemudian menetapkan 28 Mei ini untuk sebutan lantik peguam. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Ng Siew Wee. Mazlizan gagal membayar ikat jamin itu. - Bernama

Pemuda anggap Khalid alih perhatian isu Eli


ALIH PERHATIAN. Itu pendapat Pergerakan Pemuda UMNO Selangor berhubung tindakanMenteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang masih enggan membuat keputusanberhubung kedudukan seorang Exconya, Elizabeth Wong walaupun ADUN Bukit Lanjanitu sudah menghantar surat lepas jawatan.

Ketuanya, Abdul Shukor Idrus berkata, langkah Abdul Khalid itu seolah-olah cubamelengah-lengahkan perkara itu sebagai salah satu cara mengurangkan perhatianrakyat mengenai isu gambar bogel Exco itu yang disiarkan melalui internet sebelum ini.

Katanya, sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, Abdul Khalid harus membuat keputusansegera sama ada mengekal atau menggantikan Elizabeth dengan pemimpin lain bagimemegang tugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Penggunadan Alam Sekitar negeri.

Ini kerana, jika Abdul Khalid terus melambatkan keputusannya itu serta memberipelbagai alasan ia dikhuatiri akan merugikan negeri itu pada masa depan.

“MB perlu fikir bahawa seorang Exco diperlukan segera bagi menjaga hal ehwalpelancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar untuk manfaat kepada negeri danrakyat.

“Sebagai contoh dalam hal pelancongan, jika tiada Exco yang yang menjalankantugas, bagaimana kerajaan negeri mahu menarik pelancong datang ke Selangor, bukankanini boleh mendatangkan kerugian kepada industri itu di negeri ini,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan terbary Abdul khalid yang belum membuat keputusan samaada akur dengan keputusan Elizabeth bulan lalu yang mahu melepaskan jawatannyasebagai Exco serta ADUN.

Sebaliknya, Abdul Khalid memberikan alasan bahawa pihaknya masih belum mengadakanperbincangan mengenai perkara itu selain menunggu laporan polis mengenai penyiarangambar bogel pemimpin PKR itu.

Dalam pada itu, Abdul Shukor yang juga ADUN Kuang itu turut mencadangkan supayaAbdul Khalid memberi peluang kepada pemimpin lain dari kalangan parti mereka untukmenggantikan Elizabeth.

Ini kerana, beliau kesal serta tidak mahu jawatan Exco dipegang oleh mereka yangmempunyai masalah moral untuk mentadbir Selangor.

“Kita mahu pemimpin yang bersih, bermoral untuk mentadbir negeri ini,”soalnya.
Bagaimanapun, Elizabeth tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan penjelasannya mengenaiperkara itu.

Wednesday, April 1, 2009

Wednesday, February 18, 2009