Teori Puncak Minyak ini juga telah meramalkan banyak negara-negara pengeluaran minyak dalam dunia ini telah melintas puncaknya. Egypt: 1987, Perancis: 1988, Jerman: 1966, Iran: 1974, India: 1997, Indonesia: 1991, Jepun: 1932 , Libya: 1970, Mexico: 2003, New Zealand: 1997, Nigeria: 1979, Norway: 2000, Oman: 2000, Russia: 1987, Syria: 1996, Tobago: 1981,Venezuela: 1970, UK: 1999 dan Amerika Syarikat: 1970. Ada di antara negara ini masih lagi mengeluarkan minyak tetapi dari tahun ke tahun jumlah tong yang dihasilkan semakin kurang.Hubbert Peak Theory tidak pernah dipertikaikan. Apa yang selalu ditimbulkan hanya perbezaan tarikh. Ada pakar kajibumi yang telah menyatakan bahawa dunia telah melintasi zaman puncak minyak pada tahun 2005 yang lalu. Ada pula yang meramalkan bahawa puncak minyak akan sampai di antara tahun 2020 ke tahun 2030. Tetapi pada hakikatnya semua pakar kajibumi ini menerima pakai bahawa bahan bakar ini semakin susut, berkurangan pengeluaran dan akhirnya akan habis. Ini bermakna akan berakhirlah Tamadun Petroleum.Habis di sini bukan bermakna tidak ada lagi minyak dalam perut bumi. Zaman Batu berakhir bukan bermakna batu telah habis.
Minyak masih ada dalam bumi tetapi tidak lagi ekonomik untuk mengambilnya keluar. Minyak ialah tenaga. Akan sampai masanya nanti untuk mengeluarkan satu tong minyak dari perut bumi kita memerlukan membakar lima atau sepuluh tong minyak. Ini tidak berbaloi dan tidak ekonomik.Pada pagi 2hb Januari 2008, harga satu tong bahan bakar petroleum telah mencecah 100 dolar di pasaran dunia. Pada pertangnya harga telah menurun sedikit. Ketika saya menulis ini harga satu tong ialah 99.68 dolar. Saya tidak terperanjat apabila melihat harga minyak naik menjadi 100 dolar untuk satu tong. Dalam tulisan-tulisan saya yang lalu saya juga telah beberapa kali meramalkan harga bahan bakar ini akan terus naik.Apa yang memeranjatkan saya ialah kenyataan yang keluar dari Parti Keadilan Rakyat yang menyatakan jika parti ini memerintah maka harga minyak akan diturunkan. Untuk saya ini hanyalah kenyataan orang gila atau orang yang tidak tahu tentang Teori Puncak Minyak dan tidak sedar bahawa tamadun dunia hari ini adalah Tamadun Petroleum.Mengikut pandangan parti Keadilan jika UMNO telus dalam memberikan perincian perbelanjaan dan pendapatan dari syarikat Petronas maka harga minyak akan dapat ditampung. Jika tidak ada pembaziran dari duit jualan minyak maka harga minyak akan terus dapat di subsidi.Parti Keadilan tidak sedar dalam masa tidak lebih dari 10 tahun bahan bakar minyak di persisiran laut kita akan habis. Untuk berhujah, kita anggaplah mereka dapat mengambilalih kerajaan. Dalam penggal ke-3 pentadbiran Barisan Rakyat minyak habis.
Barisan Rakyat adalah satu pentadbiran yang telus, tidak rasuah dan jujur. Bila minyak habis mereka juga tidak dapat tidak akan menaikkan harga minyak. Ini hukum yang saintifik. Jadi cakap-cakap harga minyak hendak diturunkan itu adalah bohong dan tidak mungkin dapat dilakukan.Kenaikan harga bahan bakar minyak ini tidak ada sangkut-paut dengan ketelusan kerajaan atau terpaparnya secara terperinci pendapatan dari Petronas. Harga minyak naik kerana minyak dalam dunia ini telah habis. Kenapa bebal sangat untuk memahami hakikat ini.Kerajaan dalam bentuk apa sahaja – komunis, sosialis, kapitalis, Marxis, Anarkis, Geuvarist, Stalinist, Sosial Demokrat, Islamik, Syiah, Demokrat, Katholikus, Sembahyangist, Hindu, Buddha , kerajaan ada agama, tak ada agama, kerajaan rasuah, kerajaan telus lagi jujur, kerajaan alim lagi warak – semuanya akan menaikkan harga minyak. Inilah yang wajib diterangkan kepada orang ramai secara telus dan jujur.Juga wajib diterangkan kepada orang ramai :Hari minyak habis dalam dunia ini akan sampai. Apabila minyak habis ia akan membawa bencana besar dan huru-hara terutama negara yang banyak bergantung pada minyak. Kehabisan minyak akan sampai seperti kereta kita kehabisan minyak.
Masanya datang serta-merta dengan tiba-tiba. Yang paling teruk kena bantai apabila minyak habis ialah semua hal ehwal pengangkutan.Untuk meredakan keadaan minyak habis yang datang secara mendadak kita memerlukan dan mengambil masa untuk membuat persediaan. Kerana itu pemimpin kerajaan dan politikus dari semua kumpulan wajib membaca Peak Oil Theory. Kesedaran minyak akan habis wajib diberitahu kepada orang ramai sekarang.Sekurang-kurangnya 20 tahun diperlukan oleh kerajaan untuk membuat persediaan berhadapan dengan hari minyak habis. Kerajaan, industri dan para pengguna wajib sama-sama memahami hakikat ini. Tidak dapat tidak akan berlaku kacau-bilau bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia apabila minyak habis.Saya tidak nampak satu dasar penggunaan bahan bakar petroleum yang tepat dan betul yang sedang diajukan baik dari parti kerajaan atau pun dari Barisan Rakyat. Semua dasar yang mereka ajukan adalah dasar jangka pendek yang digunapakai untuk menipu rakyat. Subsidi atau menaikkan harga bukan jawapan untuk berhadapan dengan zaman kehabisan minyak.Saya mengajukan satu perubahan struktur budaya hidup yang baru. Mengubah secara struktural dan meninggalkan gaya hidup yang kita guna pakai hari ini. Budaya konsumer dalam tamadun petroleum ini telah nazak dan wajib ditinggalkan.Orang ramai wajib digalakkan dari hari ini untuk tidak menggunakan kereta persendirian dan beralih kepada sistem pengangkutan awam. Basikal perlu digunakan kembali seperti di zaman ayah dan datuk kita membesar. Hentikan kilang-kilang yang pengeluaran produk-produk yang tidak berguna dan bukan asas untuk hidup. Kota dan bandar kita wajib dapat menampung dan mengeluarkan bahan makanan sendiri.
Makanan tidak perlu diambil dari kawasan yang jauh atau diimport. Setiap warga wajib tahu hal pertanian. Tanaman yang diusahakan untuk makanan dan bukan untuk spekulasi mengumpul modal. Siapa bertanam maka mereka dapat makan.Tempat kita bekerja pula tidak harus jauh dari tempat kita tinggal. Rumah-rumah yang kita dirikan bukan gua-gua batu yang memerlukan alat hawa dingin. Rumah adalah tempat kita berteduh dari hujan dan panas – kembali kepada asas. Penggunaan kuasa elektrik dalam bangunan dan dalam rumah kita seharusnya pada asas yang paling minimum. Kota-kota kita tidak perlu disaluti dengan lampu-lampu neon yang mengiklankan hampeh-hampeh dan membazirkan tenaga lesterik. Minyak, gas dan arang batu yang tidak miliki wajib dijaga dan dipergunakan dengan cermat.Ekonomi yang berasaskan dolar wajib kita tinggalkan sekarang. Dolar adalah simbol tamadun petroleum. Semenjak tahun 1970-an bilamana Amerika dan Saudi Arabia menjadi sahabat karib maka dunia telah dipaksa menggunakan dolar dalam hal jual beli minyak.
Kita semua dan rakyat dunia telah ditipu dengan kertas hijau yang dicetak oleh Amerika. Kertas hijau ini tidak memiliki apa-apa nilai dan zat untuk dimakan. Malah kertas jamban lebih bernilai dan boleh digunakan berbanding dengan dolar Amerika.Sekali pandang, apa yang saya ajukan ini sebagai cakap yang TIDAK masuk akal. Ianya tidak masuk akal kerana apa yang saya nyatakan ini dibaca dalam tahun 2008. Bayangkan pada tahun 2020 atau tahun 2025, berapa dolar agaknya harga satu tong petroleum? Bayangkan juga sepuluh tahun dari hari ini apabila telaga minyak kita kering. Dari mana hendak dicari dana subsidi untuk menampung pengurangan harga minyak?

No comments:
Post a Comment