Saya tertarik dengan satu penulisan yang berbunyi isu penstrukturan semula air dan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 perlu diselesaikan segera di sebuah akhbar tempatan.Antara petikan kata beliau adalah seperti berikut.
Saya sendiri tidak faham apakah yang susah sangat bagi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membantu Kerajaan Pusat dan operator air menyelesaikan segera semua isu air yang sekian lama berlarutan setelah lebih dua tahun.
Saya tabik kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang bertindak sebagai seorang doktor yang membuat keputusan cepat dan bijak dengan menaikkan taraf air setelah semua perkiraan untuk memperbaiki masalah bekalan air di kedah begitu lama berlaku. Sebagai pemimpin yang cekap kita kurang bercakap dan bercakap hanya apabila perlu lantas bertindak dengan segera.
Berbekalkan firasat bahawa air masih cukup hingga 2019 dan mengetepikan nasihat kebanyakkan pakar air bahawa krisis bekalan air dijangka berlaku lebih awal dari 2019 adalah satu firasat yang kurang bijak jika sekiranya krisis air berlaku sebelum 2019, mahukah Abdul Khalid mengambil tanggungjawab itu?
Pada kami pengguna air walau apa fahaman politik dan alasan sosial, ekonomi dan sebagainya, kepentingan pengguna perlu diutamakan membina infrastruktur air mengambil masa yang lama dan jika krisis berlaku lebih awal adalah amat malang bagi kita semua dan saya mengucapkan syabas kepada MP Pas yang meminta Kerajaan Selangor dan Pusat segera berunding dalam suasana harmoni untuk menyegerakan pembinaan Loji Air Langat 2 demi faedah pengguna.
Tentunya beliau sebagai pakar nuklear juga seorang cendekiawan, pemikir dan berjiwa rakyat yang bersedia meletakkan sentimen politik ke tepi demi mendukung konsep pemimpin berjiwa rakyat.