Sunday, January 10, 2010

Mutiara Kata


Saya ingin menyampaikan penghargaan kepada Syabas kerana terus bertungkus lumus mengatasi masalah bekalan air walaupun tidak lagi mendapat peruntukkan daripada kerajaan untuk kerja-kerja pembaikkan infra. Inilah semangat yang suka kita lihat bukan apa yang ditunjukkan Kerajaan Negeri.-Din Bangi.

Setahu saya tugas membersihkan sungai tercemar adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri dan agensi dibawahnya. Jadi daripada mempolitikkan isu lebih wajar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan setiausaha politiknya, mencari jalan bagaimana hendak membersihkan sungai yang tercemar khususnya Sungai Selangor agar kembali bersih. Barulah boleh cakap dengan yakin tarif air tidak perlu dinaikkan.-Baru Real

No comments: