SIDANG Dewan Rakyat bagi mesyuarat dan penggal kedua, Parlimen ke-12 yang bermula Isnin lalu telah menerima kehadiran anak bongsunya, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga bekas Menteri Besar Perak.
Sepatutnya dengan kehadiran anggota keluarga baru, ia akan membawa bersama sinar kegembiraan tetapi perkara sebaliknya berlaku apabila anak bongsu itu sejurus mengangkat sumpah telah membuat onar dan cuba memartabatkan budaya samseng apabila menjadikan Dewan Rakyat tidak ubah seperti sarkas dengan pekikan dan lolongan yang turut disambut oleh rakan-rakannya.
Kesudahannya, si ayah, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang amat kecewa dengan perangai dan sikap yang ditunjukkan oleh anak bongsunya itu telah melakukan tindakan terbaik dengan menghalau Mohammad Nizar bersama dengan enam lagi ahli Parlimen pembangkang yang berkeras untuk terus memakai lilitan kepala, songkok dan lengan yang tertera perkataan 'Bubar DUN'.
Mereka ialah Datuk Ngeh Kor Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena), N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Dr. Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli (Pas-Kuala Krai).
Kesemua mereka digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama dua hari yang berakhir pada Selasa.
Apa yang menyedihkan, Mohammad Nizar ketika ditemui pemberita pada Rabu lalu langsung tidak menunjukkan sebarang kekesalan terhadap tingkah lakunya mencari publisiti murahan itu, sebaliknya beliau seolah-olah berbangga dan 'perasan' seperti seorang wira.
Sementara itu, sidang Dewan Rakyat kali ini juga amat bermakna buat Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan persidangan pertama baginya sebagai Perdana Menteri berikutan peralihan kuasa pada 3 April lalu.
Pada masa sama juga, kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada hari pertama sidang Dewan Rakyat juga telah mencuri tumpuan banyak pihak.
Sementara itu, Najib memulakan hari pertamanya dengan menjelaskan secara panjang lebar gagasan 1Malaysia yang tidak bertunjangkan pada konsep asimilasi seperti amalan negara lain, di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan bagi digantikan dengan satu identiti nasional baru.
Tegas Perdana Menteri, 1Malaysia juga jauh berbeza daripada konsep Malaysian Malaysia parti pembangkang yang tidak bertunjangkan pada Perlembagaan Persekutuan.
Dalam pada itu, seperti dijangka, Penasihat DAP, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) turut memulakan hari pertama sidang dewan dengan membawa usul supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat individu yang terbabit dalam penyelewengan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Bagaimanapun, ia telah ditolak oleh Pandikar dengan mengatakan walaupun isu berkenaan berkepentingan awam, ia bukan sesuatu yang perlu disegerakan memandangkan kes itu sedang disiasat oleh Kementerian Pengangkutan yang sudah menubuhkan pasukan khas untuk memberi laporan dalam tempoh dua bulan.
Dijangkakan sidang Dewan Rakyat pada minggu hadapan akan panas dengan soalan-soalan asakan daripada pihak pembangkang mengenai isu PKFZ dengan kehadiran Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat yang sebelum ini terpaksa menghadiri tugasan rasmi di Paris, Perancis.

No comments:
Post a Comment